Siakap Keli

Beli Dulu, Bayar Kemudian Secara Ansuran, Ini Cara Mudah Nak Aktifkan ShopeePay Later

Kaedah membeli belah ‘beli sekarang bayar kemudian’ ini dilihat semakin rancak di Malaysia. Jika sebelum ini, kita menggunakan ‘kad kredit’ untuk membeli di pusat membeli belah, kini Shopee Malaysia turut menawarkan alternatif yang sama kepada penggunanya.

Bagi penggemar barangan Shopee, korang kini boleh menggunakan ciri pembayaran SPayLater yang membolehkan pembelanjaan secara “beli sekarang, bayar kemudian” dapat dilakukan.

Jadi, macam mana nak aktifkan Shopee PayLater ni?

Nah, SK nak kongsikan cara aktifkan Paylater kepada korang semua. Perkongsian menarik ini dikongsikan menerusi laman Facebook Pemburu Tiket Murah.

Siapa yang dah activate Shopee Paylater ni mesti rasa macam baru lepas dapat credit card. Fungsi lebih kurang sama, tapi SPayLater ni dalam apps Shopee sajalah.

“Bayarlah on time supaya tidak dikenakan caj lewat bayar

Paylater ni membolehkan korang beli dulu barangan di Shopee,
dan bayar kemudian secara ansuran bulanan. Nasib baik. Nasihat min, bila dah buat buat SPayLater, bayarlah on time supaya tidak dikenakan caj lewat bayar. Shopping ikut kemampuan ye.

Ini langkah-langkahnya:

1. Klik pada ‘Me’ dan pilih SPayLater

2. Klik aktifkan sekarang

3. Dapatkan pengesahan nomber

4. Muatnaik gambar Kad Pengenalan dan isi maklumat peribadi

5. Lakukan pengesahan wajah

6. Berjaya (Ia akan keluar amaun yang korang layak)

Untuk info lanjut boleh layari Shopee.com

Kalau korang masih tak tahu caj yang dikenakan dan jadual pembayaran untuk Shopee Paylater ini, sila rujuk gambar di bawah.

Bila dah aktif, mestilah korang nak tahu cara nak bayar ‘hutang’ pula kan? Jadi, Sk sertakan cara dan langkah-langkah yang perlu korang ikut untuk membayar Shopee PayLater ini.

 

Sumber: Pemburu Tiket Murah, Shopee

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang