Siakap Keli

Bintang Tiktok AS, Anthony Barajas Maut Dipercayai Ditembak Dalam Pawagam

Bintang Tiktok yang terkenal di laman sosial, Anthony Barajaras maut selepas beberapa hari bertarung nyawa selepas insiden tembakan rambang di sebuah panggung wayang di California.

Laporan polis di Corona, Selatan California berkata Barajas yang berusia 19 tahun meninggal dunia pada Sabtu lalu, turut meragut nyawa rakannya Rylee Goodrich, 18.

Difahamkan, mangsa ditembak Isnin lalu di sebuah panggung yang sedang menayangkan filem ‘The Forever Purge’ yang mengisahkan tentang pemerintahan totalitarian yang membenarkan sebarang jenayah dilakukan pada satu malam dalam setahun termasuklah membunuh.

Malangnya, kedua-dua mangsa ditemui oleh kakitangan pawagam tersebut dengan dua kesan kembakan di kepala. Rakannya, Goodrich meninggal di tempat kejadian manakala mangsa dikejarkan ke hospital.

“Berdasrkan bukti, kejadian ini merupakan serangan secara rawak dan tidak ada provokasi,” jelas pendakwa raya tempatan dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Bagaimanapun, seorang lelaki yang dikenali sebagai Joseph Jimenez berusia 20 tahun telah ditahan dan didakwa terlibat dalam kejadian tembakan tersebut.

Suspek ditahan di kediamannya. Menurut pihak polis, suspek bertindak bersendirian dan tidak mengenali mangsa.

Bajaras mempunyai 1,000,000 pengikut di laman Tiktok dan merupakan salah seorang atlet bola sepak yang menonjol di sekolah menengahnya.

Amerika Syarikat amat dikenali dengan sejarah hitam yang tiada noktah membabitkan keganasan senjata api.

Terdahulu, sekitar tahun 2012, seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang dan mengorbankan seramai 12 nyawa di sebuah pawagam di Aurora, Coloradi ketika filem ‘The Dark Knight Rises’ ditayangkan.

 

Sumber: AFP

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang