Siakap Keli
Gambar Via Barron's

Gelombang Baharu Melanda China, Penduduk Wuhan Dilapor Perlu Jalani Ujian COVID-19

Pihak berkuasa di Wuhan dilaporkan akan melakukan ujian COVID-19 besar-besaran ke atas semua penduduk wilayah itu setelah bandar-bandar di China mencatatkan kes tempatan baharu.

Menurut pegawai kanan, Li Tao, 11 juta orang penduduk akan menjalani ujian COVID-19 yang berasaskan asid nukleik, lapor Barron’s.

Menurut The Print, gelombang baharu itu bermula setelah ia dipercayai merebak dari Nanjing dan kini empat lagi wilayah turut mencatatkan jumlah yang tinggi.

Difahamkan, kes pertama kali telah dikesan di lapangan terbang yang sibuk pada 20 Julai dan sejak itu, 200 kes lagi telah dilaporkan berlaku.

Kerajaan telah mengambil langkah proaktif iaitu dengan membatalkan semua penerbangan dari Nanjing sehingga 11 Ogos ini.

Kebimbangan menyelubungi kerana varian Delta dikatakan menjadi ‘punca’ utama yang melonjakkan kes COVID-19 di negara itu.

Setakat ini, negara tersebut telah mencatatkan sebanyak 93,103 kes baharu dan 4,636 kematian.

Sumber: Barron’s, The Print

Sofea

There's always another side to every story