Siakap Keli
Gambar: Instagram @azizulhasniawang

Harapan Emas Olimpik, Azizulhasni Kena Cukur Semua Bulu Roma Sebelum Berlumba? Ini Sebabnya

Siapa tak kenal dengan jaguh trek berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang yang dah beberapa kali mencipta sejarah dan mengharumkan nama Malaysia.

Azizulhasni merupakan atlet berbasikal Malaysia pertama yang memenangi pingat di temasya Olimpik. Beliau berjaya menamatkan saingan keirin di tempat ketiga di kejohanan Olimpik Rio 2016.

Menjadi pencipta rekod di arena sukan berbasikal negara, sudah pasti banyak mata yang akan tertumpu kepada Azizulhasni. Bukan hanya penonton, malah pasukan dari negara lain juga turut tertumpu pandangan kepadanya.

Sedar menjadi tumpuan pasukan lawan dari pelbagai aspek termasuk kondisinya sekarang, Azizulhasni hanya menganggap ia sebagai ‘perang psikologi’.

Bakal berentap di Olimpik Tokyo 2020 esok, dengar cerita Azizulhasni cukur bulu roma satu badan sebelum perlawanan. Betul ke?

Menurut laporan Nadi Arena yang disampaikan oleh Bazly Azmi yang berada di Tokyo, adalah normal apabila atlet berbasikal mencukur bulu roma untuk mengurangkan rintangan angin ketika berlumba.

Ada atlet berbasikal yang lain bukan setakat mencukur bulu roma, malah ada yang mencukur bulu kening untuk mengurangkan lagi rintangan angin ketika berlumba.

Sumber: Twitter Astro Arena

Eyla Azri