Siakap Keli
Gambar Via Ladbible

Kenapa Ada Pasukan “Lifeguard” Tepi Kolam Renang Olimpik? Rupanya Ini Tugas Sebenar Mereka

Akuatik merupakan salah satu acara yang sentiasa mendapat perhatian ramai di temasya Olimpik. Tak kiralah acara terjun papan anjal atau berenang, penonton pasti akan membanjiri tempat duduk dan sentiasa memberikan sokongan kepada semua atlet.

Pun begitu, pernah tak korang ternampak kelibat petugas penyelamat semasa acara tersebut berlangsung? Pelik kan, kenapa perlu ada penyelamat kalau atlet renang semua sudah pro dan elit?

Kenapa perlu ada penyelamat?

Gambar via Ladbible

Mungkin ada sesetengah orang yang rasa penyelamat tak diperlukan tetapi mereka sebenarnya melakukan tindakan pencegahan tambahan jika sebarang perkara tak diingini berlaku kepada atlet.

Menurut seorang petugas penyelamat di acara renang Olimpik, James Meyers, ramai yang salah anggap dan merasakan bahawa tugasnya itu tidak berguna.

Menjaga keselamatan seluruh acara

Jelasnya, dia bukan sahaja menjaga para atlet, tetapi juga menjaga keseluruhan acara tersebut. Dia merasakan bahawa tugasnya itu seperti bomba yang berada di ‘sebalik tabir’ dan hanya keluar apabila ada sesuatu yang buruk berlaku.

Penjaga keselamatan juga kebanyakannya telah dilatih untuk bertindak balas terhadap masalah perubatan atau kecederaan di mana seseorang itu tak dapat keluar dari kolam.

Gambar Via Insider

Meyers yang menjadi penyelamat pasukan percubaan Olimpik AS sejak tahun 2008 juga menjelaskan bahawa keseluruhan kru penyelamat adalah sukarelawan yang datang dari seluruh dunia.

Risiko atlet di kolam renang

Walaupun tak pernah ada atlet yang meninggal dunia di kolam renang Olimpik, beberapa acara akuatik juga sebenarnya berbahaya. Atlet berisiko untuk terkena serangan jantung, kekejangan yang teruk dan terlanggar dinding kolam.

“Mengendalikan acara ini merupakan pengalaman yang luar biasa, anda boleh menyaksikan semua atlet secara dekat,” katanya.

Pun begitu, nampaknya mereka tidak bertugas di Olimpik Tokyo pada tahun ini kerana kumpulan penyelamat dari luar negara tak dibenarkan masuk ke negara itu disebabkan oleh COVID-19.

Sumber: Insider (1) (2)

Sofea

There's always another side to every story