Siakap Keli
Gambar: Facebook Blood Bank Hospital Umum Sarawak

Lelaki Ini Miliki Darah Jenis Rh17, Kumpulan Darah Yang Jarang Ditemui Di Kalangan Penduduk Malaysia

Jenis darah manusia yang utama terdiri daripada empat iaitu A, B, AB dan O. Pasti ramai yang sedia maklum akan golongan darah utama ini.

Tapi korang tahu tak, berbeza dengan empat golongan darah tersebut, sebenarnya ada satu lagi kumpulan darah yang sangat jarang ditemui.

Berkongsi tentang golongan darah ‘rare‘ ini, Blood Bank Hospital Umum Sarawak, melalui laman Facebook menulis sebuah hantaran mengenai darah ganjil yang diterbangkan ke Johor Bahru semalam.

Ikuti perkongsian di bawah:

Di Sarawak, antara kumpulan darah yang jarang ditemui atau mempunyai darah yang ganjil ialah kumpulan darah Rh17.

Rh17 merupakan darah yang jarang kita jumpa di kalangan penduduk di Malaysia. Namun di Sarawak darah jenis ini dimiliki pada sebahagian kecil pada etnik Bidayuh.

Semalam darah Encik Pehan anak Majis telah di hantar ke Johor Bahru bagi kegunaan pesakit ibu mengandung yang akan menjalani pembedahan Caeser miliki darah jenis yang sama Rh17.

Darah ini dihantar ke Johor transit di KLIA kemudiannya awal pagi terus ke Johor Bahru. Individu yang memiliki kumpulan darah ganjil hanya boleh menerima darah dari kumpulan penderma darah yang sama sahaja.

Ini kerana jika mereka menerima darah daripada kumpulan penderma yang berbeza ia boleh mengakibatkan reaksi darah akut yang boleh membahayakan nyawa pesakit tersebut.

Kita doakan pesakit selamat melahirkan anak dengan selamat.

Gambar: Facebook Blood Bank Hospital Umum Sarawak

Sumber: Facebook Blood Bank Hospital Umum Sarawak

Eyla Azri