Siakap Keli
Gambar: Bernama TV

TERKINI: Kenderaan Rasmi Bawa PM Keluar Dari Kawasan Kediamannya Sebentar Tadi

Kenderaan rasmi yang membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat keluar dari kawasan kediamannya pada pukul 10:50 pagi ini.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat lanjut yang disertakan destinasi yang dituju oleh Perdana Menteri.

Semalam, dilaporkan terdapat beberapa kenderaan dipercayai milik Menteri Kanan memasuki perkarangan kediaman tersebut di Bukit Damansara. Ekoran itu, pengamal media dilihat berkumpul di persimpangan jalan masuk ke kediaman Perdana Menteri untuk membuat liputan terkini.

Dalam kemaskini terbaru di laman Twitter Bernama TV, kenderaan yang membawa Perdana Menteri memasuki perkarangan Perdana Putra Putrajaya pada pukul 10:28 pagi.

Suasana di Putrajaya tenang dan beliau akan menjalankan tugas seperti biasa dan dijadualkan menghadiri beberapa mesyuarat.

Sumber: Bernama TV

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa