Siakap Keli

TERKINI: (Video) Beberapa Kenderaan Bawa Orang Kenamaan Dilihat Memasuki Kediaman PM

Beberapa kenderaan milik orang kenamaan dilihat memasuki kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa malam.

Beberapa rakaman video dimuat naik oleh BERNAMA TV, memaparkan situasi semasa di perkarangan kediaman Muhyiddin Yassin.

Difahamkan, antara yang dilihat hadir ialah bekas Menteri Besar Perak yang juga Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu disusuli Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

Selain itu, Timbalan Presiden PAS yang juga Menteri Alam Sekitar, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran turut dilihat memasuki kediaman PM pada malam ini .

Bagaimanapun tujuan utama pemimpin parti politik dalam kerajaan ke kediaman PM itu belum lagi dikenal pasti.

Petang tadi, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara telah menarik balik balik sokongan mereka terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri.

BACA: Kenyataan Penuh UMNO: 5 Perkara Mengenai Penarikan Sokongan Terhadap Kerajaan, PM

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan tersebut diambil bagi menzahirkan kesetiaan tidak berbelah bahagi UMNO kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Berita lanjut menyusul

Sumber: BERNAMA TV

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'