Siakap Keli
Gambar: Penang Kini

Tular Rakaman Lelaki Naik Rakit Gabus, Didakwa Cubaan Kali Keduanya Untuk Rentas Daerah

Seorang lelaki yang didakwa mahu membuat percubaan rentas daerah untuk kali kedua telah dikesan menaiki sebuah pelampung gabus stryrofoam dari bahagian pulau di negeri Pulau Pinang ke tanah besar melalui jalan laut.

Menurut akhbar Kosmo!, lelaki itu telah dikesan oleh pihak berkuasa ketika dia sedang berada di laut sebelum berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasan yang kemudiannya membawanya naik ke atas bot mereka.

Beberapa keping gambar dan video yang memaparkan tindakan nekad lelaki tersebut telah dilaporkan menjadi tular di media sosial.

Lelaki tersebut dapat dilihat tertiarap di atas sebuah bongkah gabus kira-kira satu meter persegi yang dijadikan rakit.

Lelaki tersebut turut dilihat membawa sama sebuah beg galas sambil menyarungkan sehelai kain pelikat pada tubuhnya.

Menurut pengguna Facebook, lelaki itu didakwa merupakan individu yang sama pernah diselamatkan oleh petugas Penang Port Sdn. Bhd. yang dikesan berenang ke Seberang Perai untuk merentas daerah.

Sumber: Kosmo!, Tiktok Penang Kini

Aqmal Ezany

I write what is right

" "