Siakap Keli
Gambar: Guinness World Records

(Video) Dakwa Boleh Muat Sebiji Epal, Wanita Ini Dinobat Pemilik Mulut Paling Besar Di Dunia

Seorang wanita berusia 31 tahun dari Amerika Syarikat dilaporkan telah mendapat pengiktirafan daripada Guinness Book of World Record kerana memiliki mulut paling besar di dunia.

Samantha Ramsdell telah memenangi pengiktirafan tersebut bagi kategori wanita. Dia dilaporkan mempunyai keluasan mulut yang luar daripada kebiasaan dengan ukuran 6.52 cm besar, iaitu sekitar 2.56 inci.

Ramsdell telah disahkan mempunyai ternganga (wanita) terbesar di dunia selepas salah satu videonya di platform TikTok menjadi tular.

Wanita itu difahamkan mempunyai lebih dari satu juga pengikut di TikTok. Dia memberitahu Guiness, “Berumur 31 tahun dan dapat memperoleh rekod untuk sesuatu yang sebenarnya membuatkan saya kurang berkeyakinan selama ini dan pernah terfikir untuk mengecilkannya adalah sesuatu yang sangat hebat.”

Pada baru-baru ini, pasukan Guinness menemui Sam di pejabat doktor gigi di South Norwalk, Connecticut. Seorang pegawai rasmi juga dilaporkan hadir di sana untuk mengukur mulutnya bagi mengesahkan rekod dunia itu.

Kaliper digital digunakan untuk mengira panjang dan lebar mulut Ramsdell. Dia mendakwa bahawa dia mampu memasukkan sebiji buah epal ke dalam mulutnya.

Menurut Ramsdell, tidak ada seorang pun daripada ahli keluarganya yang mempunyai mulut sebesarnya.

Wanita berusia 31 tahun itu memberitahu kepada Guinness bahawa semasa zaman kanak-kanaknya, dia selalu dibuli dan diejek oleh kanak-kanak lain.

Samantha turut menyokong mereka yang mempunyai anggota badan unik supaya mencatat rekod dalam Guinness World Records.

Wanita itu mula mengaktifkan akaun TikTok miliknya pada tahun 2019, dan dalam masa tiga bulan, dia telah berjaya memperoleh kira-kira 1 juta pengikut. Dia kini dilaporkan mempunyai 1.7 juta pengikut di platform tersebut.

Sumber: Latestly

Aqmal Ezany

I write what is right