Siakap Keli

(Video) Simpan Rendang Untuk Anak, Hajat Ibu Tak Tertunai, Hanya Jenazah Anak Sampai Depan Rumah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sekarang, boleh dikatakan setiap hari kita menerima kisah duka melibatkan kematian akibat pandemik Covid-19. Paling dirasai, kematian yang melibatkan orang tersayang dan ahli keluarga yang tidak dapat melihat wajah mereka buat kali terakhir.

Sedih dan sebak yang dirasai sukar untuk diluahkan, hanya tangisan dan air mata menjadi saksi betapa hancurnya hati menerima kenyataan orang yang dikasihi tiada lagi.

Sama seperti kisah ini, sangat menyayat hati semua orang apabila hasrat seorang ibu untuk menjamu rendang yang disedianya untuk anak tercinta tidak kesampaian apabila anaknya meninggal dunia akibat Covid-19.

Menerusi video pendek yang dikongsikan oleh pengguna Tiktok Angahhbo yang berkongsi momen sedih apabila neneknya hampir rebah apabila van jenazah yang membawa anaknya melewati kawasan rumahnya.

Nenek saya sedih sangat sebab arwah janji nak balik, tapi dia balik dalam keadaan macam ni. Rendang untuk arwah ada lagi nenek simpan….

Kata Ahmad Fadzli, rendang yang disimpan itu dari hari raya haji lalu tetapi neneknya sangat terkilan apabila arwah tidak dapat pulang dan akhirnya lebih menyayat hati apabila arwah pulang dalam keadaan tidak bernyawa.

Ceritanya lagi, arwah pakciknya itu tidak sempat ditidurkan malah mereka sekeluarga tidak sempat untuk ‘video call’ untuk melihat wajah terakhirnya.

Hajat arwah tidak kesampaian apabila dijemput Illahi pada 31 Julai 2021 lalu.

Reaksi ibu arwah ketika melihat van jenazah melalui kawasan rumahnya sangat menyentuh hati dan tidak mampu lagi untuk berdiri, mujur ada ahli keluarga yang lain tolong untu memapahnya.

Benar, keadaan sebegini sangat pedih dan sedih apabila kita kehilangan orang yang tersayang akibat wabak Covid-19 ini.

@angahhbo

31 julai 2021..tenanglah abdul aziz bin bulat..covid is real..#covid19 #xyzbca #fyp #fypシ

♬ original sound – SAS – SAS

 

Sumber: Tiktok Angahboo

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang