Siakap Keli
Gambar: TikTok @hhtysm

(Video) Wanita Geram Dah 7 Kali Nombor Plat Kereta Hilang, Rupanya Kena Curi Dengan Monyet

Bila tinggal berhampiran dengan kawasan hutan, maka macam-macam lah haiwan yang berkeliaran di sekitar rumah. Haiwan ni kadang-kadang ada yang mengganggu dan ada yang tidak.

Contohnya macam monyet, kalau datang je spesis ni mesti ada makanan yang kena ‘rembat’. Boleh dikatakan biasa sangat lah kalau monyet curi makanan.

Kalau dekat kawasan rumah korang kena jaga-jaga dengan monyet yang suka curi makanan, tapi lain pulak dengan wanita ni. Dalam sebuah video yang diunggah melalui akaun TikTok @hhtysm, pengguna akaun tersebut menunjukkan rakaman seekor monyet yang sedang mencuri nombor plat kereta.

Dalam video ini, dapat dilihat seekor monyet sedang cuba menarik nombor plat sebuah kereta. Tak berapa lama lepas mencuba, nombor plat itu tercabut dan dibawa pergi oleh si monyet.

Menurut wanita yang mengunggah video ini, sudah tujuh kali nombor platnya hilang ‘dicuri’ haiwan tersebut dan hanya terjumpa sisa serpihan di hutan belakang rumah.

Tulis wanita itu di ruangan komen, dia sampai ditahan polis kat roadblock sebab tiada nombor plat. Tapi polis pun hanya mampu gelak je bila dia cakap nombor plat kena curi dengan monyet.

@hhtysm

Dah 7 kali dia curi no plate kereta, jumpa serpihan2 dekat hutan belakang 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️ #monkey #fypシ #fypdongggggggg #monkey #fypgakni

♬ original sound – W – W

“Ni kalau report polis pun tak tahu nak tangkap sapa”

Di ruangan komen, warga net turut geli hati dengan ulah monyet yang mencuri nombor plat kereta wanita ni. Malah ada juga yang meninggalkan komen sarkastik menyuruh wanita tersebut cuba bukak Shopee kot-kot monyet tu buat bisnes jual nombor plat.

Sumber: TikTok @hhtysm

Eyla Azri