Siakap Keli

Azizulhasni & Shah Firdaus Berjaya Mara Ke Pusingan Seterusnya Acara Pecut Esok

Jaguh trek negara Datuk Azizulhasni Awang mara ke pusingan seterusnya acara pecut individu pada temastya Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.

Pelumba ini telah menewaskan lawannya dari Canada. Manakala rakan sepasukannya, Muhammad Shah Firdaus Shahrom turut berjaya mara ke pusingan suku akhir dalam acara yang sama.

Azizulhasni dan Shah Firdaus memasuki pusingan Repecharge sebanyak dua kali selepas gagal memang di pusingan pertama dan pusingan kedua. Pusingan ketiga dijadualkan esok.

Azizulhasni dan Shah Firdaus menjadi prospek pingat emas pertama Olimpik harapan Malaysia dan berharap mereka berjaya merealisasikan impian seluruh rakyat Malaysia.

Azizulhasni masih ada satu lagi acara iaitu acara kegemarannya, acara Keirin.

Sumber: Astro Arena

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.