Sukan lumba basikal trek mungkin dah tak asing lagi di negara kita. Malah Malaysia juga telah melahirkan atlet lumba basikal antarabangsa yang menjadi kebanggaan negara, seperti Datuk Azizulhasni Awang.
Bila tengok perlumbaan basikal di trek ni, mesti korang perasan ‘gelanggang’ melengkung di mana atlet-atlet lumba basikal ni bersaing. Gerun jugak kan tapi nampak macam relax je pelumba basikal ni mengayuh dalam trek tu, siap lepas tangan lagi.
‘Bermain’ dengan daya
Kalau korang nak tahu, berbasikal di trek melengkung atau trek velodrome ni jauh lebih kompleks. Ini kerana pelumba basikal perlu ‘bermain’ dengan daya sentripetal atau daya memusat untuk kekalkan kestabilan.
Nak wujudkan daya memusat ni, pelumba perlu mengarahkan badan ke depan supaya boleh terus bergerak dengan had laju yang sama dalam trek melengkung ni.

Jadi, untuk bergerak lebih laju di setiap selekoh tanpa hilang keseimbangan, maka pelumba basikal akan makin membongkokkan badan mereka ke depan.
Macam mana nak berbasikal dalam trek velodrome?

Untuk mengayuh dalam trek velodrome ni dengan jayanya, pelumba perlu pastikan kelajuan basikal setara dengan kecerunan trek.
Masa korang berbasikal kat taman petang-petang, purata kelajuan basikal korang hanya 12 ke 24 kilometer sejam. Tu pun dah rasa macam terpaling laju dah kan.
Untuk pelumba basikal profesional dan terlatih, kelajuan mereka boleh capai hingga 35 kilometer sejam. Tapi velodrome ni boleh buat basikal para atlet ni melaju sampai 96 hingga 112 kilometer sejam!
Basikal trek takda brek?

Tak sama dengan basikal biasa, basikal yang digunakan dalam trek ni tak ada brek dan terdiri daripada satu gear sahaja. Satu-satunya cara nak kawal kelajuan adalah dengan mengayuh.
Untuk kekalkan daya memusat, pelumba kena ada had laju minimum dan terus bergerak dalam lengkungan velodrome. Sebab tu basikal trek ni tak ada brek. Kalau terus berhenti memang tergolek la jawabnya.
Sumber: Science ATL