Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memuat naik gambar beliau ketika sesi sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi Facebook rasmi beliau hari ini.
Difahamkan, pertemuan Perdana Menteri bersama YDPA di Istana Negara itu bagi menyembah maklum berhubung urusan berkaitan kerajaan sebelum mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet.
“Pagi tadi saya diterima menghadap oleh KDYMM Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi sesi pra-Kabinet di Istana Negara.
“Mesyuarat pra-Kabinet merupakan aktiviti mingguan saya bagi menyembah maklum, berbincang dan mendengar pandangan KDYMM Tuanku berhubung urusan serta isu-isu berkaitan Kerajaan.
“Usai sesi menghadap, saya kemudiannya mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet,” katanya dalam hantaran tersebut.
Muhyiddin kemudiannya telah menyampaikan perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen tempatan sebelum mempengerusikan mesyuarat kabinet.
BACA: Kenyataan Muhyiddin Dakwa ‘Kerajaan Masih Ada Majoriti’ Adalah Tidak Benar – Zahid
Antara perkara yang menjadi tumpuan adalah kenyataan beliau berhubung dakwaan kerajaan kehilangan majoriti dan isu peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri.


Sumber: FB Muhyiddin Yassin