Pelumba trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus berjaya mengharungi pusingan ‘repechage’ hari ini di sukan temasya Olimpik Tokyo 2020.
Bagaimanapun, ramai yang masih tidak faham tentang maksud ‘repechage’ ini. Jadi, SK nak kongsikan maksud ‘repechage’ dalam sukan berbasikal kepada korang semua.
Apa itu ‘repechage’?
‘Repechage’ ini adalah pusingan khas untuk menentukan kelayakan pelumba ke pusingan kedua atau suku akhir. Repechage ini kaan menentukan siapa yang layak ke pusingan seterusnya kerana hanya pemenag di tempat pertama akan layak ke pusingan kedua.
Bahasa mudahnya, jika anda gagal memenangi perlumbaan di pusingan pertama atau kedua, anda belum lagi tersingkir. Anda perlu berlumba dengan pelumba yang kalah dalam pusingan tersebut. Kalah lawan dengan yang kalah. Siapa menang, akan melengkapkan senarai pelumba yang layak ke pusingan seterusnya.
Seperti yang kita lihat sebentar tadi, Datuk Azizulhasni menewaskan lawannya dari Kanada serta rakan sepasukan, Muhammad Shah Firdaus turut berjaya dalam saringan repechage selepas gagal memenangi perlumbaan di pusingan pertama dan kedua.
Sumber: Sportdefinitions