Siakap Keli
Gambar: Mootiara HQ

Tak Keluar Modal Pun, Wanita Ni Tunjuk Cara Cari ‘Side Income’ Dengan Mudah Sampai Cecah RM14k Sebulan

Pelbagai komitmen yang ditanggung telah mendorong seseorang itu untuk melakukan dua pekerjaan. Perkara sebegini sememangnya sudah menjadi kebiasaan kebanyakan orang bagi menampung perbelanjaan yang semakin tinggi pada hari ini.

Pelbagai kerja ‘part time’ terhidang yang boleh dimanfaatkan oleh ramai orang. Antaranya ialah dalam bidang penghantaran sama ada penghantaran makanan, barangan mahupun menghantar pelanggan ke sesuatu destinasi melalui e-hailing. Tidak kurang juga, bidang perniagaan turut diceburi supaya dapat menambah pendapatan di samping gaji daripada kerja tetap.

Pun begitu, bagi yang ingin menceburi bidang perniagaan, modal adalah antara cabaran yang perlu dihadapi di awal penglibatan. Betul lah, kalau nak meniaga, modal kena ada untuk beli stok, peralatan yang perlu dan lain-lain lagi. Tapi, kalau anda nak masuk dalam bidang perniagaan dan tiada modal, sebenarnya tiada masalah sekiranya bijak untuk mencari peluang.

Seperti seorang wanita yang bernama Fizah Sabri, dia telah menceburi bidang perniagaan melalui penjualan tudung sehingga telah berjaya membantu kewangannya menjadi lebih kukuh. Apa tidaknya, hasil daripada perniagaan itu, wanita berusia 34 tahun ini telah berjaya membeli rumah baru yang lebih selesa. Lebih menarik, dia juga membelanjakan hasil perniagaannya untuk membeli barang-barang untuk rumah baru yang didiaminya sekarang.

Selain itu, dia juga bersyukur kerana dapat membawa ahli keluarganya pergi bercuti dengan hasil perniagaan yang diusahakan olehnya. Puan Fizah sebenarnya seorang bekas penjawat awam yang mengambil keputusan untuk berhenti berkhidmat dan memberikan fokus terhadap perniagaan itu.

Hasilnya, beliau pernah memperolehi jumlah jualan sehingga RM14 ribu dalam masa satu bulan. Bukan setakat hasil yang lumayan, Puan Fizah juga pernah mendapat rewards berbentuk wang tunai dan beg tangan. Rezeki yang tidak disangka-sangka kan?

Tapi macam mewah betul? Apa yang Puan Fizah jual?

Walaupun perniagaannya ini bukanlah milik dirinya, namun bergelar sebagai Agent Dropship Mootiara telah membantu Puan Fizah untuk mengubah kehidupannya menjadi lebih selesa. Turut menceritakan mengenai faedah yang pernah diperolehinya, Puan Fizah menceritakan bahawa HQ Mootiara sangat membantu dan memberikan sokongan yang cukup kuat kepada agen untuk meningkatkan jualan.

Mula berniaga pada 2016, Puan Fizah mengambil langkah bijak untuk memperolehi hasil daripada produk yang dia sendiri yakin. Disebabkan material tudung Mootiara ini memudahkan para pengguna, ia telah menjadi salah satu faktor jualan Puan Fizah tinggi pada setiap bulan.

Apa tidaknya, tudung keluaran Mootiara dengan keistimewaan materialnya dan  memudahkan pengguna kerana tidak perlu menggosok dan dengan sekali sarung sahaja menjimatkan masa si pemakai. Dengan design yang sekali pandang terus terpikat, tidak hairanlah tudung ini menjadi kegilaan ramai.

Nak cantik, tapi tak cukup masa? Memang sesuai sangat dengan tudung keluaran Mootiara ini. Dah la design cantik, tak perlu gosok pulak tu.

Lebih menarik lagi, untuk menjadi agen dropship Mootiara, anda tak perlu pun pening-pening untuk mengumpul modal. Ini kerana anda boleh saja sertai dengan bimbingan yang bakal disediakan. Bukan setakat itu saja, anda juga tak perlu pun untuk menyimpan stok ataupun mengepos barang, tetapi hanya mempromosikan produk tersebut.

Lebih mudah untuk anda, bahan promosi pun akan disediakan oleh pihak HQ dan anda juga tak perlu pos barang apabila sudah ada pembeli.

Mudahkan jika semua HQ yang akan buatkan untuk anda?  Benar, anda hanya focus cari customer untuk mendapatkan  pulangan yang lumayan.

Jadi, nak tunggu apa lagi? Peluang dah terhidang macam ni tak nak lepaskan macam tu je? Jika Puan Fizah boleh dapat pendapatan lebih 5 angka, tak kan anda nak duduk diam je? Dah alang-alang Puan Fizah dah ‘bongkar’ rahsia dia, anda kena la ‘join’ dia juga,

Bagi yang berminat, korang boleh join Mootiara melalui PAUTAN INI.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa