Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

TERKINI: Kenyataan Muhyiddin Dakwa ‘Kerajaan Masih Ada Majoriti’ Adalah Tidak Benar – Zahid

UMNO menegaskan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hilang majoriti.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas hari ini yang mendakwa kerajaan masih mempunyai majoriti adalah tidak benar.

”Sebelum ini Perikatan Nasional hanya mempunyai 114 Ahli Parlimen yang menyokong.

“Saya telah mempersembahkan warkah yang melampirkan lapan Surat Akuan Ahli-ahli Parlimen UMNO kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai 2021 bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Datuk Mahiaddin Md. Yassin sebagai Perdana Menteri.

“Ini cukup untuk menunjukkan bahawa kepimpinan beliau sudah hilang majoriti, biarpun sebenarnya jumlah berkenaan lebih daripada itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA: PM Kongsi Gambar Menghadap Agong

Dalam pada itu tambahnya, jumlah Surat Akuan Ahli-ahli Parlimen UMNO bertambah lagi setelah Majlis Kerja Tertinggi parti berkenaan membuat ketetapan mutakhir semalam untuk menarik sokongan tersebut serta mahu berpihak kepada YDPA.

“Pada hari ini saya telah mengutus warkah kepada KDYMM YDPA bagi mempersembahkan Surat Akuan tambahan sebagai lanjutan warkah terdahulu.

“UMNO mencabar kerajaan untuk segera memanggil Sidang Khas Parlimen untuk membuktikan Perdana Menteri masih mempunyai majoriti tanpa menunggu sehingga Persidangan Parlimen pada September,” tambahnya lagi.

Sumber: UMNO  

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.