Siakap Keli

(Video) Yis Melekat Pada Sudu, Begini Rupanya Cara ‘Test’ Yis Aktif Supaya Resipi Menjadi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Yis merupakan bahan penting yang wajib ada di rumah terutamanya bagi ibu-ibu yang gemar menghasilkan menu seperti kuih-muih, kek atau roti yang gebu dan cantik.

Berfungi sebagai bahan penaik, yis yang telah tamat tempoh boleh menyebabkan resipi yang dibuat tidak menjadi walaupun telah mengikut sukatan yang betul. Malah, jika disimpan terlalu lama, yis juga boleh dimasuki angin dan tidak dapat mengembangkan doh.

Oleh itu, terdapat tips mudah untuk mengetahui yis itu masih boleh digunakan atau sudah pun rosak seperti perkongsian oleh Era Syahirah menerusi Group Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Ujian yang menggunakan sudu plastik kering dan dicelup ke dalam serbuk yis ini dapat mengelakkan ibu-ibu merasa kecewa akibat dari menghasilkan roti yang tidak akan naik berpunca daripada yis yang sudah mati.

Nak share cara saya test yis, kalau roti tak naik. Yis dah mati.

Gambar: Facebook Erah Syahirah

Sebelum buat roti kita test dulu yis aktif ke tak dengan sudu plastik kalau melekat macam dalam video itu tandanya yis aktif.

Selamat mencuba.

Gambar: Facebook Erah Syahirah
Gambar: Facebook Erah Syahirah

Walaupun rupa yis yang melekat pada sudu itu boleh menaikkan bulu roma, warganet berterima kasih atas tips yang dikongsi oleh Erah Syahirah.

“Thank you info tapi terpacak bulu roma tengok…”

“Thank you for sharing…”

Tonton video di sini.

Sumber: Facebook Erah Syahirah via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

"