Siakap Keli
Gambar: Google

Asal Dari Keluarga Miskin & Nak Cari Duit Rawat Mak Sakit, Jadi ‘Pembakar’ Untuk Penerjun Cilik Ini Buru Emas Untuk China

Seorang atlet terjun daripada negara China berjaya mencipta kejutan selepas berjaya mencatatkan ‘perfect score’ sebanyak dua kali di pentas akhir acara 10m platform sukan Olimpik Tokyo 2020.

Quan Hongchan yang baru sahaja berusia 14 tahun itu telah berjaya merangkul pingat emas selepas mengumpul sebanyak 466.20 mata.

Disebalik kejayaan yang diciptanya, terdapat kisah sedih yang ramai tidak tahu.

Perjuangannya di pentas Olimpik itu sebenarnya didorong oleh niatnya untuk mendapatkan duit kemenangan bagi digunakan untuk merawat ibunya yang sedang sakit di kampung halaman.

Menurut laporan media, Quan Hongchan bukanlah datang daripada keluarga yang senang. Ibu bapanya dilaporkan adalah merupakan golongan petani.

Dia juga dilaporkan mula didedahkan dengan sukan terjun ini pada tahun 2014. Sejak daripada itu, dia telah berlatih bersungguh-sungguh.

Pada bulan Mac 2018, dia dilaporkan telah menyertai pasukan daerah Guangdong.

Walaupun pasukan terjun China banyak menghasilkan penerjun yang berbakat, namun amat jarang sekali untuk melihat seorang gadis berbakat seperti Quan Hongchan berjaya menguasai sukan itu dalam tempoh yang singkat.

Pada 4 Oktober 2020, Quan Honchan yang baru berusia 13 tahun pada ketika itu dilaporkan telah berjaya mengalahkan ramai penerjun yang bertaraf bintang di final platform 10 meter perseorangan wanita di Stesen Shijazhuang dalam kelayakan Olimpik.

Selepas berjaya melayakkan diri ke pentas Olimpik Tokyo 2020, motivasi penerjun muda ini dalam membantu mendapatkan duit rawatan untuk ibunya semakin tinggi.

“Kos rawatan yang diperlukan ibu saya sangat mahal, jadi saya rasa saya juga harus bertanggungjawab untuk menolongnya mencari duit, supaya saya dapat menghantar duit itu kepada ibu saya untuk rawatannya,” ujarnya.

Kesukaran hidup yang dilaluinya telah mendorongnya supaya sentiasa bekerja keras dalam bidang yang diceburinya.

Hasil daripada itu, remaja yang berasal daripada Guangdong, China ini telah berjaya menghadiahkan negaranya sebutir pingat emas Olimpik sambil memberi kejutan kepada penerjun senior serta telah membuka mata dunia dengan persembahannya yang memukau di pentas akhir 10m platform sebentar tadi.

Sumber: iNews

Aqmal Ezany

I write what is right