Siakap Keli
Gambar: Hindustan Times

Hari Bahagia Bertukar Tragedi, Majlis Kahwin Disambar Petir Ragut 16 Nyawa Wakil Rombongan Pengantin Lelaki

Panahan kilat yang menyambar satu majlis perkahwinan di Bangladesh pada Rabu telah membunuh 16 orang dan mencederakan pengantin lelaki, kata pegawai.

Rombongan itu baru sahaja meninggalkan bot di tepi sungai bandar Shibganj untuk mendapatkan perlindungan ketika ribut petir melanda, kata seorang pentadbir kerajaan bandar tersebut.

Ketika kejadian, pengantin perempuan tidak ada di majlis perkahwinan tersebut, Sakib Al-Rabby memberitahu AFP, mengesahkan 16 orang maut ketika beberapa panahan petir menyambar di daerah barat Chapainawabganj.

Ribut monsun yang teruk telah melanda Bangladesh. Seminggu hujan lebat di daerah tenggara Cox’s Bazar dilaporkan telah mengorbankan 20 orang mangsa, termasuk enam pelarian Rohingya.

Panahan kilat dilaporkan telah membunuh ratusan orang di negara Asia Selatan setiap tahun.

Menurut pengiraan rasmi, terdapat lebih daripada 200 kematian disebabkan panahan petir pada tahun 2016, dengan 82 orang maut pada satu hari pada bulan Mei.

Walau bagaimanapun, banyak kematian tidak pernah direkodkan secara rasmi, dan satu badan bebas menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 349 maut akibat panahan kilat.

Sebilangan pakar menyatakan bahawa penebangan hutan telah meningkatkan jumlah kematian.

Ekoran daripada itu, Bangladesh dilaporkan telah menanam ratusan ribu pokok kelapa sawit dalam usahanya meredakan kesan perubahan iklim dan mengurangkan jumlah kematian akibat daripada kilat.

Sumber: France 24 

Aqmal Ezany

I write what is right