Siapa je yang tak kenal dengan jenama OPPO ni kan? Rata-rata pengguna telefon pintar kat Malaysia ni akan memilih OPPO sebagai peranti utama untuk digunakan setiap hari. Hari ini OPPO nak belanja korang satu lagi telefon pintar terbaru mereka iaitu OPPO Reno6 Z dan OPPO Reno6 5G. Korang dah boleh mula pra-tempah bermula 5 Ogos 2021 sehingga 13 Ogos 2021. Harga OPPO Reno6 Z ialah RM1,699 dan OPPO Reno6 5G RM2,399. Kenapa kena pre-order sekarang? Haa, korang kena baca sampai habis.
Kalau korang buat pre-order mana-mana model OPPO Reno6 Series sekarang, OPPO nak belanja korang hadiah percuma yang berjumlah RM779. Korang carilah mana-mana jenama yang boleh bagi hadiah sampai separuh dari harga phone ni. Dah hadiah sampai lebih RM700 ni apa yang korang akan dapat?
Meh sini nak cerita. Korang akan dapat 5 hadiah dari OPPO. Pertama, korang akan dapat OPPO Enco Buds bernilai RM159, satu tahun HeyTap Cloud Service dengan kapasiti 1TB storan yang berrnilai RM343, dapat pulak Powerbank berharga RM99, OPPO bagi pula OPPO Smart Tag bernilai RM79 dan akhir sekali Bluetooth Speaker bernilai RM99. Haa, korang tambahlah sendiri cukup tak RM779 semua hadiah tu.
Kalau korang pening tak tahu nak pilih yang mana, sama ada OPPO Reno6 Z atau OPPO Reno6 5G, takpe meh SK tolong korang buat pilihan yang bijak. SK cadangkan korang pre-order je OPPO Reno6 Z ni. Sebab apa? Haa, ini sebab dia. OPPO Reno Z dilengkapi dengan kamera yang berkualiti tinggi. 32MP kamera swafoto, 64MP kamera utama + 8MP kamera Wide Angle + 2MP kamera makro. Kamera-kamera ini bagaikan studio bergerak yang boleh menangkap gambar potrait kat mana-mana je korang nak. Siapa kaki insta and mobile photoshoot tu memang sesuai sangat beli OPPO Reno6 Z ni
Gambar Bokeh Flare Potrait yang ditangkap pada siang.
Gambar Bokeh Flare Potrait yang ditangkap pada malam.
Bukan tu sahaja, kemampuan OPPO Reno6 Z untuk mengambil gambar Bokeh Flare Potrait juga boleh menarik minat korang. Mode Bokeh ni korang boleh guna kat kamera depan dan belakang. Hanya satu klik, automatik tukar cahaya belakang menjadi cahaya bokeh dan tonjolkan potrait subjek. Memang level pro punya kalau ambik gambar korang.
Satu lagi sebab korang kena beli OPPO Reno6 Z ni sebab dia ada Potrait Beautification Video. Boleh buat korang nampak auto cantik dalam video. Gabungan pengesanan sehingga 193 point muka korang untuk video dan memberikan beautification semulajadi ketika anda merakanm video potrait.
Haa tula sebab-sebab korang kena pra tempah OPPO Reno6 Z sekarang. Korang boleh buat pra tempah di mana-mana OPPO Brand Store atau pengedar yang sah. Korang perlu bayar RM100 je untuk Pra tempah OPPO Reno6 Z dan OPPO Reno6 5G. Kalau korang pre order kat Shopee OPPO Malaysia, korang kena buat pembayaran penuh. 300 orang pertama yang pre order kat Shopee akan dapat hadiah tambahan bernilai RM99. Kalau pre order kat Lazada dan OPPO Online Store pun kena buat pembayaran penuh. Jangan tunggu lagi, buat tempahan korang sekarang dan dapatkan hadiah percuma sehingga RM779.