Siakap Keli
Kredit: Google/Astro Arena

Penting Untuk Penerjun, Rupanya Ada Sebab Air Disembur Ke Dalam Kolam Ketika Atlet Terjun

Ramai rakyat Malaysia yang tertunggu-tunggu aksi daripada penerjun negara, Pandalela Rinong hari ini dalam acara terjunan 10 meter separuh akhir yang sedang berlangsung sekarang (9 a.m/5 Ogos 2021).

Dalam debaran menyaksikan persembahan beliau, pasti ada yang perasan semburan air pada kolam tersebut semasa terjunan dilakukan.

Bukan sekadar hiasan, semburan itu mempunyai tujuannya yang tersendiri. Menurut National World, ia dilakukan sebagai langkah keselamatan kepada para penerjun sebelum dan semasa melakukan terjunan.

Ketika berada pada jarak yang tinggi, para atlet akan menghadapi kesukaran untuk menganggarkan jarak selamat ketika melakukan terjunan. Bagi penerjun pada ketinggian 10 meter, mereka hanya dapat melihat lantai kolam dari platform tempat mereka berdiri.

Justeru, kewujudan semburan itu membantu mereka menganggarkan jarak antara diri mereka dengan permukaan kolam, sekaligus merancang pergerakan penamat sebelum masuk ke dalam air.

Selain itu, riak air yang terhasil daripada semburan itu juga membantu atlet membuat terjunan pada sudut selamat. Dengan kelajuan sekitar 35 batu per jam (kira-kira 56.33 km/j), terjunan pada sudut yang salah boleh mendatangkan kecederaan serius kepada atlet.

Di samping itu, tahap kedalaman air juga dikawal bagi mendapatkan tekanan air yang optimum serta pembebasan gelembung udara termampat dari dalam kolam bagi mengurangkan impak terhadap penerjun ketika memasuki air.

Sumber: National World

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.