Siakap Keli
Gambar: @izzraifharz/@fazwafazin

“Salam Dine-in Dari Perlis,” Dah Boleh Makan Kat Kedai, Foto Makan Dari Perlis Di Sosial Media Buat Warganet Cemburu

Berkuatkuasa semalam (4 Ogos 2021), Perlis, WP Labuan serta Sarawak telahpun memasuki fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Antara aktiviti yang diberi kelonggaran susulan perubahan itu adalah kebenaran untuk para penduduk makan di dalam restoran. Hal ini pastinya menjadi berita gembira kepada rakyat dan peniaga tempatan yang sudah lama terkesan gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama ini.

Di sosial media, rata-rata rakyat Perlis menzahirkan keterujaan menikmati makanan secara ‘dine in‘ di restoran dirindui. Salah satu kiriman di laman Twitter telah mendapat lebih 22 ribu tanda suka daripada netizen yang rata-rata tumpang gembira dengan berita tersebut. Tak kurang juga, ada yang meluahkan rasa ‘cemburu’ mereka dengan nada jenaka.

Menerusi beberapa ciapan yang dilihat menerusi laman Twitter, terdapat ramai juga warganet yang meluahkan rasa cemburu mereka terhadap individu di negeri Perlis kerana sedang menikmati kelonggaran yang telah diberikan kepada mereka.

Bukan itu sahaja, perkongsian di media sosial juga membuatkan warganet merasakan rakyat di negeri yang sudah beralih ke fasa tiga PPN itu sangat beruntung.

Cara orang zaman sekarang ‘menunjuk’

Sudah pasti ramai juga yang menantikan kelonggaran seperti yang telah diberikan kepada Perlis. Apa tidaknya, sudah lama tidak makan di kedai dan beberapa lagi kebiasaan yang pernah dilakukan sebelum ini.

Tahniah, nikmatilah kebebasan

Jadi, ucapan tahniah memang sepatutnya diberikan kepada negeri Perlis, Sarawak dan juga Labuan atas kelonggaran yang sedang dinikmati. Selain boleh makan di kedai, ketiga-tiga negeri ini juga dibenarkan untuk merentas daerah seperti yang terdapat dalam kelonggaran fasa ketiga PPN.

Sumber: Twitter

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.