Bercakap tentang sampah, pernah tak korang kira berapa banyak bungkusan plastik yang korang buang setiap hari? Memang susah kita nak ‘lari’ dari penggunaan plastik dalam kehidupan harian. Boleh kata kebanyakan benda zaman sekarang ni diperbuat daripada plastik.
Dari pembungkus makanan sampai ke peralatan rumah, mesti ada yang diperbuat daripada plastik. Tak dinafikan, produk berasaskan plastik ni menjadi pilihan sebab lebih murah, kalis air, dan banyak pilihan.
Walaupun tak mampu nak elak dari penggunaan plastik yang sememangnya mengancam alam sekitar ni, adalah lebih baik jika kita buat apa yang termampu iaitu dengan cara guna dan kitar semula.
Macam lelaki dalam video ni, dia punya level kitar semula tu bukan setakat masuk dalam tong je, tapi siap boleh buat payung ‘branded’ lagi.
Dalam video tersebut, Afiq mengguna semula ‘sampah-sampah’ ni dengan cara yang sangat kreatif, iaitu dengan menampal bungkusan-bungkusan plastik tersebut pada payung lama.
Menurut Afiq, dia mengambil masa lebih 20 jam untuk menampal plastik tersebut. Namun dia rasa gembira dengan hasilnya yang sememangnya sangat cantik.
@ovolokakaw Please lah kali ni masuk FYP #upcycling #sustainablefashion #masukberanda #fypシ
“Betul punya payung branded“
Di ruangan komen, ramai yang memuji usaha kreatif Afiq menjaga alam sekitar dengan hasilkan payung ‘branded’ ni.