Dalam era globalisasi yang makin sengit ini, ramai rakyat Malaysia semakin terkesan dan susah payah berusaha demi melangsungkan hidup. Apa lagi dimusim pandemik ini, cabaran semakin besar apabila segala pergerakan dan peluan sedikit terbatas.
Pun begitu, walau perit, kita harus cekalkan hati untuk terus bangun. Bukan hanya kita, tapi ramai lagi yang mengalami nasib yang sama. Perjalanan seorang lelaki ini wajar dijadikan inspirasi semua. Pernah didiagnosis dengan kanser hidung dan terpaksa berhenti kerja, Adam menceritakan bagaimana kesusahannya pada waktu dulu berubah menjadi titik terbesar sehingga memperoleh kejayaan hari ini. Semoga bermanfaat.
Lepas aku terpaksa berhenti kerja, aku pon ceburi bidang e-hailing sampai la pertengahan tahun 2019. Sedihnya lepas tu, aku lagi sekali diuji hilang punca pendapatan sebab kenderaan yang aku guna tu dah melebihi 10 tahun. Tapi, aku tak berhenti mencuba. Dengan minat besar aku dalam perniagaan dan juga inspirasi yang aku dapat daripada kejayaan kawan aku yang telah lama menjadi agen Chef Tako, aku pon buat lah keputusan untuk start perniagaan makanan kudapan viral daripada Jepun iaitu Takoyaki.
Alhamdulillah, aku banyak dapat bimbingan daripada HQ dan jugak banyak belajar dari pengalaman rakan-rakan ejen lepas aku join je agen Chef Tako masa 2019. Sekarang aku boleh capai purata sales sebanyak RM30K sebulan. Hasrat aku untuk buka satu lagi cawangan pon dapat lah jugak tercapai.
Sebelum ini pon, kereta kancil aku jelah yang menjadi peneman setia. Tapi, sekarang aku dah ada rezeki untuk beli sebuah van buat berniaga. Dengan hasil berniaga tu juga, sedikit sebanyak aku dapat ubah suai kediaman aku. Paling penting sekali, aku bersyukur sangat sebab isteri aku dah payah dah keluar bekerja dan isteri aku sekarang boleh beri tumpuan dan kasih sayang sepenuhnya pada anak-anak.
