Siakap Keli
Gambar: Bernama

Vaksinasi ‘Walk-in’ Lembah Klang Untuk 18 Tahun Ke Atas Bermula Hari Ini

Vaksinasi secara ‘walk-in’ di Lembah Klang untuk golongan 18 tahun ke atas bermula pada hari ini. Warga Lembah Klang yang belum mendapat sebarang temu janji vaksinasi boleh menghadirkan diri ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang disenaraikan dengan dokumen berkenaan.

Walau bagaimanapun, vaksinasi secara ‘walk-in’ hanya bermula pada jam 2 petang. Penting untuk warga Lembah Klang, sila bawa bukti yang menunjukkan lokasi bermastautin di Lembah Klang.

Antara contoh bukti yang diperlukan adalah alamat di kad pengenalan, lesen memandu, sebarang bil utiliti, kad pekerja, kad pelajar, surat perjanjian atau lain-lain lagi.

Terdapat 9 PPV untuk warganegara Malaysia mendapatkan vaksinasi secara ‘walk-in’ dan satu buat bukan warganegara. Vaksinasi secara ‘walk-in’ ini akan berlangsung sehingga 22 Ogos ini.

Gambar: JKJAV

Sumber: @JKJAVMY

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.