Masih banyak perkara yang belum diterokai manusia di dunia ini. Di atas darat pun ada sahaja perkara baru yang kita lihat setiap hari, inikan pula dunia di bawah air.
Mungkin ia perkara normal bagi kaki pancing, tapi buat mereka yang tak biasa, sedikit sebanyak pasti ‘ternganga’ melihat spesies ‘pelik’ atau ikan yang memiliki ciri unik tersendiri.
Antaranya ialah ikan dalam video rakaman Frankie Nickole yang dikongsikan semula oleh The Sun di bawah ini. Rakaman itu dipercayai diambil di sebuah terusan di Cape Coral, Florida.
Menerusi video tersebut, kelihatan ikan itu seakan-akan sedang ‘tersenyum’ dari dalam air dengan giginya yang menyerupai manusia. Malah, ada penonton yang menyamakan spesies itu seperti seorang manusia berkaca mata hitam yang tersenyum menampakkan barisan gigi putih yang tersusun.
This fish is the weirdest thing you'll see today 😂
🎥: frankie_nickole pic.twitter.com/pb1FzqXrho
— The Sun (@TheSun) August 4, 2021
Berdasarkan salah satu komen, individu tersebut mendakwa ikan itu adalah spesies sheephead yang memakan kerang-kerangan atau tiram yang melekat pada batu atau tiang.
Sheepshead. They eat oysters and shellfish off rocks/pilings. Which is what he’s doing. pic.twitter.com/HxAoIvdveZ
— johnford (@johnford) August 4, 2021
Merujuk Insider, dipetik daripada Britannica.com, spesies ini boleh ditemui di Teluk Mexico dan pantai di selatan Amerika Utara. Ia boleh mempunyai keberatan antara 1 sehingga 4 pound (bersamaan kira-kira 0.45kg hingga 1.81kg), namun boleh membesar sehingga 20 pound (9.07kg).
Haiwan ini menggunakan gigi unik mereka untuk menghancurkan krustasea, kerang dan juga tiram.