Siakap Keli
Gambar: shuibsepahtu

Ada Di ICU, Siti Sarah Jalani Pembedahan Keluarkan Kandungan, Shuib Pohon Doa Semua

Pelakon dan pelawak terkenal iaitu Shuib Sepahtu memaklumkan bahawa isterinya yang juga merupakan artis terkenal iaitu Siti Sarah Raissuddin akan menjalani pembedahan bagi mengeluarkan kandungannya.

Menurut perkongsian di akaun Instagram rasminya, dia menyatakan bahawa pembedahan itu akan dilakukan kira-kira pukul 2 hari ini.

Ekoran daripada itu, dia memohon kepada orang ramai supaya terus mendoakan isteri kesayangannya itu agar pembedahan tersebut dapat dijalankan dengan lancar.

“Saya mohon terus doakan Sarah semoga operation tersebut dapat dijalankan dengan baik,” tulisnya.

Terdahulu, keluarganya telah disahkan positif COVID-19 selepas pembantu rumah mereka dijangkiti dengan virus itu.

Menerusi perkongsian yang sebelumnya, Shuib memaklumkan bahawa isterinya itu telah dimasukkan ke ICU kerana oksigennya tidak stabil.

Dia juga turut menyatakan bahawa keadaan Siti Sarah pada ketika itu tidak berapa baik.

Sama-sama kita mendoakan semoga keadaan Siti Sarah akan bertambah baik dan cepat sembuh.

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

 

Sumber: shuibsepahtu

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.