Seorang ibu tidak peduli apabila disabitkan kesalahan berkomplot bersama teman lelaki membunuh anak kandungnya yang berusia tiga selepas dipercayai menulis niatnya di teks mesej.
Wanita yang berusia 23 tahun ini tinggal di sebuah pangsapuri bersama anaknya pada tahun lalu.
Menurut laporan mahkamah, anak kecil yang periang ini mengalami kecederaan parah pada dada dan perut yang menyebabkan mangsa meninggal dunia.
Pemeriksaan perubatan mendapati bahawa mangsa juga mengalami sejarah didera apabila pihak hospital mengesan ada beberapa anggota badannya cedera seperti tulang rusuk dan kaki patah. Kes ini di bawa ke mahkamah Birmingham Crown.
Difahamkan, gambar di atas dipercayai daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pangsapuri mereka sebelum beberapa jam kejadian ‘nger’ ini berlaku.
Memetik daripada laporan Dailymail, saksi berkata mereka sering mendengar wanita ini memarahi anak kecil tersebut dengan perkataan-perkataan yang berunsur negatif.
Menurut ibu suspek, kejadian ini memberi kesan yang mendalam kerana tindakan kejam seorang ibu kepada cucunya sangat tidak wajar. Nenek kepada mangsa mengatakan bahawa dia belum puas menatap wajah cucunya yang sangat suci dan comel itu.
Paling menyedihkan apabila nenek mangsa telah membeli kelengkapan persekolahan untuk cucu tercinta namun hasratnya tidak kesampaian apabila cucunya maut kerana sikap kekejaman seorang ibu.
Bagaimanapun, suspek itu disabitkan kesalahan membunuh kanak-kanak berusia 3 tahun itu bersama teman lelakinya dan bakal dijatuhkan hukuman pada Jumaat ini oleh mahkamah.
Justeru itu, para penduduk di pangsapuri tersebut meletakkan bunga dan anak patung tanda penghormatan dan berduka sejurus mengetahui punca kematiannya.
Sumber: Dailymail