Siakap Keli
Kredit: Google

Lima Perkara Ini Penting Kalau Nak Beli Rumah, Tapi Ramai Ambil Mudah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kata sesetengah penasihat kewangan, rumah adalah salah satu aset pelaburan jangka panjang yang sangat relevan. Kebanyakan orang membeli rumah kerana dua sebab, sama ada untuk didiami ataupun dijadikan rumah sewa.

Tidak dinafikan membeli rumah itu satu tindakan yang bijak. Namun begitu, jangan lupa bahawa terdapat beberapa perkara dan kesilapan yang selalu sesetengah orang buat sebelum membelinya.

Percaya atau tidak, disebabkan kesilapan-kesilapan inilah peluang untuk kita memiliki rumah idaman akan tipis. Mari ikuti perkongsian oleh perunding hartanah, Syahmi Talib di bawah ini. Semoga bermanfaat.

Lima perkara yang buat kita susah untuk beli rumah

For your information, sekarang pasaran hartanah sedang dalam ‘slump’ stage. Ramai pelabur yang berhajat nak beli hartanah tahun ini. Sebab apa?

Banyak harga rumah tengah jatuh dan interest rate tengah rendah. So peluang nak dapatkan ‘deal’ yang terbaik sangat besar.

Gambar: Twitter Syahmi Talib
Gambar: Twitter Syahmi Talib

Jadi sesiapa yang berhajat nak beli rumah, tahun ni adalah tahun terbaik. Tapi anda kena pastikan yang anda tak ada lakukan perkara-perkara berikut:

1. Tak jaga rekod CCRIS/CTOS

CCRIS/CTOS adalah dokumen penting yang bank tengok bila anda memohon pinjaman. CCRIS akan tunjuk rekod pembayaran komitmen anda selama setahun. Pastikan anda takde tunggakan.

CTOS pula adalah rekod kredit untuk menentukan kelayakan kredit seseorang. Pastikan anda takde hutang lapuk atau masalah mahkamah. Kalau tak jaga rekod CCRIS/CTOS ni, bank akan menganggap anda sebagai berisiko untuk diberikan pinjaman, senang cerita susah dapat loan nanti.

2. DSR tinggi

‘Debt Service Ratio – DSR’ adalah formula ratio yang digunakan bank untuk mengira berapa jumlah pinjaman yang anda boleh buat dan berapa installment bulanan yang anda mampu bayar kepada bank.

Kalau anda ada banyak hutang, jumlah kelayakan pinjaman korang akan jadi rendah. So pilihan rumah yang korang nak beli pun akan bergantung kepada jumlah kelayakan pinjaman anda itu. Pastikan hutang anda rendah atau tingkatkan pendapatan sebelum anda nak beli rumah idaman.

3. Tiada matlamat pembelian rumah yang jelas

Sesetengah dari orang kita, takde proper plan untuk beli rumah. Pada mereka, asalkan mereka beli rumah dah memadai. Kadang-kadang ada yang terikut-ikut kawan-kawan. Sebab kawan beli, dia pun nak beli juga la.

Mereka mungkin tak tahu yang setiap rumah ada nilai yang berbeza jika dikaji dari beberapa faktor. Sebenarnya, ada rumah yang boleh dijadikan asset dan ada rumah hanya akan jadi liability kepada pembelinya.

Pembelian rumah ada 2 jenis iaitu untuk duduk sendiri atau untuk pelaburan. Boleh jadi juga sesebuah rumah tu boleh digunakan untuk kedua-duanya. Pastikan anda tahu ciri-ciri hartanah yang sesuai untuk kegunaannya supaya anda tak tersalah beli.

4. Tiada ilmu tentang hartanah

Macam mana anda nak tahu ciri-ciri hartanah yang sesuai untuk pembelian anda? Firstly, anda perlu cari ilmu tentang hartanah. Benda ni penting supaya anda boleh buat pilihan yang lebih bijak.

5. Tak buat research

Bila nak beli rumah, anda perlu sekurang-kurangnya buat sikit research. Anda perlu tengok kawasan yang anda nak beli, semak harga jualan dan buat perbandingan harga rumah di kawasan lain/projek lain. Tengok 7 kriteria sebelum beli rumah. Boleh rujuk di Tweet ini.

Research biasanya akan makan masa sikit tapi penting untuk pastikan anda beli hartanah yang betul. Proses beli rumah akan jadi lebih mudah dan selamat kalau anda amalkan tips-tips yang dikongsikan ini.

InsyaAllah anda takkan terciduk bila ada ilmu untuk beli hartanah. Anda yang nak belajar ilmu hartanah, boleh belajar free dekat online webinar setiap Ahad, pukul 9.00 malam via Zoom. Ni link untuk anda daftar percuma. 

Sumber: Twitter Syahmi Talib

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.