Siakap Keli

Boleh Muat Turun Secara Percuma, Ini Antara Aplikasi Pembelajaran Yang Wajib Ibu Bapa ‘Download’ Untuk Anak Mereka

Umum sudah sedia maklum bahawa di musim pandemik ini, sektor pembelajaran adalah merupakan antara sektor yang paling terkesan sekali.

Manakan tidak, disebabkan sekolah dan pusat tuisyen terpaksa ditutup, murid-murid sekolah sukar untuk menguasai pembelajaran bagi menghadapi peperiksaan tahunan seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Peka dengan permasalahan tersebut, Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapatkan keputusan cemerlang, PTTI telah melangkah setapak kehadapan mengikut peredaran masa apabila muncul dengan idea aplikasi pembelajaran khas atas talian sendiri.

Majlis pelancaran aplikasi tersebut telah dirasmikan oleh mentor usahawan terkenal iaitu Datuk Wira Dr Azizan Osman yang bertempat di Hitman Studio, Shah Alam secara virtual pada 7 Ogos.

Antara artis popular yang hadir pada majlis pelancaran tersebut adalah Zizan Razak, Nabila Razali, Iman Troye, Tya Arifin dan turut tidak ketinggalan adalah ikon dan dutanya sendiri iaitu MK K-Clique.

Kewujudan aplikasi tersebut dilihat boleh menjadi penanda aras yang baharu seiring dengan kehidupan norma baharu ketika di musim pandemik ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana menyatakan bahawa hal pendidikan ini perlu diutamakan dan tidak boleh ketinggalan kebelakang.

“Aplikasi pembelajaran atas talian ini dibangunkan staf PTTI sendiri sejak akhir tahun lalu. Kita berasakan selepas lebih lima tahun memacu dunia pendidikan terutama untuk calon SPM termasuk situasi tak terduga pandemik ini, perlu ada alternatif baru belajar yang tak terduga.

“Justeru lahirlah idea aplikasi ini. Kita juga mahu meneruskan kelangsungan membantu lebih ramai lagi pelajar SPM meningkatkan gred dan keputusan cemerlang secara atas talian,” katanya.

Tambahnya lagi, aplikasi tersebut dilancarkan sebagai usaha untuk mewujudkan ruang pembelajaran khas bagi pelajar SPM.

“Kita yakini aplikasi ini mampu terus mencakna perubahan iklim pembelajaran semasa saat ini.

“Pelajar SPM juga boleh belajar secara atas talian menerusi aplikasi terbabit. Malah mereka juga dapat menonton ratusan video ulang tahun teknik dan skil belajar secara percuma,” katanya.

Pelajar SPM juga turut boleh memuat naik aplikasi tersebut secara percuma dengan hanya melayari www.MampuSkorSPM.com selain di App Store dan Playstore.

“Pelajar juga boleh memuat turun aplikasi ini sama ada di App Store untuk pengguna Iphone atau Playstore (android).

“Ini masanya untuk pelajar SPM terutama calon peperiksaan itu mengakses ilmu dan dapat belajar percuma dengan aplikasi ini tak kira di mana saja anda berada,” katanya.

Semasa majlis perasmian tersebut berlangsung, selain video perasmian berkenaan aplikasi itu ditayangkan, penerangan mengenai ciri yang dibina dalam aplikasi tersebut juga turut dilakukan.

MK bersama dengan artis lain juga tidak melepaskan peluang berkongsikan pandangan dan pujian berkenaan aplikasi yang dilihat berpotensi untuk membantu pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PTTI (@pttionline)

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.