Siakap Keli

Cara Kira Dan Buat Loan Rumah Sampai 100%, Interest Lagi Rendah Dari Bank Untuk Orang ‘Gomen’

Ada segellintir penjawat awam dikalangan korang yang tak tahu dan tak pernah menggunakan pinjaman LPPSA. Jadi, untuk korang yang kerja ‘gomen’ dan bercadang untuk membeli rumah atau ingin tahu kelayakan anda, bolehlah gunakan kemudahan yang ditawarkan khas untuk korang ni. Berikut kami sediakan beberapa perincian tentang LPPSA:

Keistimewaan LPPSA Untuk Penjawat Awam

Ditubuhkan sejak 2016, LPPSA atau Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam merupakan satu badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan pembiayaan perumahan bagi sektor awam.

Adakah Saya Layak Memohon Pinjaman LPPSA?

AMAUN KELAYAKAN PEMBIAYAAN

BIL PENDAPATAN BERSIH KELAYAKAN MAKSIMUM
1 3,800 450,000
2 3,500 420,000
3 2,900 340,000
4 2,300 270,000
5 Sehingga 1,700 200,000

Pembiayaan PertamaAnsuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih. Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Pembiayaan KeduaAnsuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih. Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

  • Anggaran jumlah maksimum pembiayaan boleh dikira menggunakan kalkulator pengiraan kelayakan di laman sesawang LPPSA dengan memasukkan amaun hartanah dan amaun yang dimohon.

Senario untuk permohonan pinjaman LPPSA untuk harga rumah RM237,500*

  • Jumlah Gaji Pokok : RM 1,900.00
  • Jumlah Potongan : RM 0.00
  • Gaji Bersih : RM 1,900.00
  • Skim Pembiayaan : SPPSAi

Korang boleh membuat permohonan dengan melayari laman web LPPSA di sini.

Ada pelbagai manfaat bagi korang yang kerja ‘gomen’ ni boleh dapat melalui pinjaman LPPSA dan antara yang menarik perhatian ialah pinjaman sehingga 100% dengan kadar faedah yang lebih rendah pada 4.0%.

Pelancaran Baru di Bandar U Seri Iskandar, Perak boleh guna LPPSA

Cakap tentang pinjaman, ada satu projek township best ni yang menawarkan pinjaman sehingga 100% untuk penjawat awam daripada Hua Yang Berhad. Baru-baru ni, Hua Yang melancarkan projek baru yang mampu milik dengan harga dari RM237,500. Jika korang berpenjawat awam dengan gaji pokok RM 1,900, korang pun mampu memilik rumah landed.

Centaurea Fasa 1 (Rumah Teres 1 ½  Tingkat)

  • Keluasan: 20’ x 65’ / 22’ x 60’
  • Jumlah unit: 335 unit
  • Bilik: 4 buah
  • Bilik Air: 3 buah
  • Harga: dari RM237,500

Untuk mendapat maklumat lebih lanjut dan promosi pra-pelancaran, sila mendaftar dengan segera di LINK ini.

Apa yang korang perlu tahu tentang Bandar U?

  • Berdekatan dengan laluan utama Lebuhraya Ipoh-Lumut dan Lebuhraya Pantai Barat (WCE).
  • Berhampiran dengan pengangkutan awam seperti KTM Batu Gajah dan Terminal Bas Seri Iskandar.
  • Pelbagai kemudahan yang disediakan untuk korang shopping seperti Tesco, Econsave, dan D’ Mall.
  • Berdekatan dengan pejabat-pejabat kerajaan seperti Majlis Daerah Perak Tengah, Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Iskandar, Lembaga Air Perak, Syariah Court SI, Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah, PTG Perak Tengah, JKR Perak Tengah dan Pejabat RISDA.
  • Lokasi yang strategik untuk pembelajaran kerana berhampiran dengan pusat-pusat pendidikan seperti SMKA Sultan Azlan Shah, Kolej Vokasional Seri Iskandar, SMK Seri Iskandar, SK Seri Iskandar, SK Iskandar Perdana, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Insititut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Kolej Professional MARA.
  • Menyediakan premis-premis komersial (makanan) dan hiburan seperti D’ecolake, mmCineplexes, KFC, Pizza Hut, McDonald’s, Domino’s, Secret Recipe dan Subway.

Bagi korang yang berminat, korang bolehlah pergi ke laman web Huayang yang disediakan di SINI untuk ketahui lebih lanjut mengenai projek perumahan. Korang boleh menghubungi Cik Dira https://wa.link/ld68ca dan En. Terry https://wa.link/2vwvcm atau kunjungi BUSI – Huayang Sales Gallery di alamat: No. 1, Jalan PP5, Bandar Universiti Seri Iskandar, 32610, Seri Iskandar, Perak (Waze: https://waze.com/ul/hw0zbcfdc). Kalau korang betul-betul berminat, bolehlah membuat pendaftaran menerusi laman web yang disediakan INI.

Adib Mohd