Siakap Keli
Gambar Hiasan Via BBC

Ibu Muda Dipenjara, Tergamak Tinggal Bayi Hingga Mati Kelaparan Gara-gara Keluar Berparti 6 Hari Sambut Hari Jadi

Seorang ibu muda tidak dapat menahan emosi apabila dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun selepas didapati bersalah membiarkan bayinya mati kelaparan di rumah.

Menurut Daily Mail, gadis yang kini berusia 19 tahun itu meninggalkan anaknya di rumah dalam tempoh enam hari untuk berparti dan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-18 bersama teman lelaki.

Anaknya yang berusia 20 bulan telah ditinggalkan bersendirian di dalam sebuah rumah flat di Brighton, lebih 50 batu jauh dari tempat yang ditujunya.

Menerusi laporan siasatan yang dibentangkan oleh pendakwa di mahkamah, bayi itu meninggal dunia dalam keadaan yang sangat tragis iaitu akibat selesema dan kelaparan setelah dibiarkan selama enam hari.

Setelah dia pulang ke rumah pada 11 Disember 2019, dia melihat anaknya itu sudah terbaring kaku.

Mahkamah Lewes Crown telah menjatuhkan hukuman terhadap gadis itu pada Jumaat setelah dia mengakui bersalah atas ‘pembunuhan’ itu.

Ketika dibawa keluar oleh kakitangan mahkamah, dia kelihatan menangis kerana bakal dipenjara selama sembilan tahun.

Hakim di perbicaraan tersebut mengatakan bayi itu telah mengalami penderitaan yang sangat sukar untuk dibayangkan dan meninggal dunia tanpa sesiapa pun di sisi.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story