Siakap Keli
Gambar: Google

Kalau Kalah Boleh “Race” Lagi Ke? Ini Format Pertandingan Acara Keirin Yang Anda Kena Tahu

Pasti ramai yang ternanti-nantikan kelibat dua pelumba basikal trek negara dalam misi memburu pingat untuk Malaysia di pentas sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini.

Dato’ Azizulhasni Awang atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocket Man dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom dijangka akan beraksi pada hari ini dalam acara keirin lelaki.

Bagaimanakah format acara keirin ini? Apakah peraturannya? Dan macam manakah untuk menentukan pemenangnya?

Persoalan ini pastinya sedikit sebanyak akan bermain di fikiran seluruh rakyat Malaysia. Manakan tidak, dua wira negara bakal turun dengan misi memburu pingat buat negara. Jadi mestilah semua orang akan teruja dan mahu tahu berkenaan acara ini.

Untuk lebih memahami berkenaan format dan apakah acara keirin ini, Facebook Olympic Council of Malaysia (Majlis Olimpik Malaysia) ada berkongsikan penjelasan berkenaan acara keirin ini.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

PENJELASAN ACARA KEIRIN

Acara keirin terdiri daripada lima peringkat iaitu:

  • Pusingan pertama (5 saringan)
  • Pusingan pertama repechages (4 saringan)
  • Suku akhir;
  • Separuh akhir; dan
  • Akhir.

Keirin adalah perlumbaan di mana pelumba melengkapkan pecutan pada tiga pusingan terakhir setelah berada di belakang sebuah motosikal (pacer) pada kelajuan bermula 30km/ j ke 50km/j dan memecut ke garisan penamat setelah pacer meninggalkan trek.

Pusingan Pertama

Pusingan pertama menyaksikan 30 pelumba yang akan dibahagikan untuk bertanding di dalam lima saringan (6 pelumba setiap saringan). Sebanyak 10 pelumba (iaitu pelumba yang memperoleh tempat pertama dan kedua di setiap saringan) akan layak ke peringkat Suku Akhir.

20 pelumba yang tidak layak ke Suku Akhir (iaitu pelumba yang mendapat tempat ke-3 hingga ke-6 di setiap saringan pusing pertama) akan bertanding di Pusingan Pertama Repechages.

Pusingan Pertama Repechages

20 pelumba akan dibahagikan untuk bertanding di dalam empat saringan (5 pelumba setiap saringan). Pelumba yang mendapat tempat pertama dan kedua di setiap saringan akan layak ke peringkat Suku Akhir.

Suku Akhir

Di peringkat Suku Akhir, 18 pelumba akan dibahagikan untuk bertanding di dalam 3 saringan (6 pelumba setiap saringan). Pelumba-pelumba yang menduduki tempat pertama hingga ke-empat di setiap saringan akan layak ke peringat Separuh Akhir.

Separuh Akhir

12 pelumba di Separuh Akhir akan dibahagikan untuk bertanding di dalam 2 saringan (6 pelumba setiap saringan). Pelumba-pelumba yang menduduki tempat pertama hingga ke-3 akan layak ke peringkat akhir manakala 6 lagi pelumba yang kalah di Separuh Akhir akan bertanding untuk tempat ke-7 hingga ke-12.

Sumber: Olympic Council of Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.