Siakap Keli
Gambar: Bernama, bazly.azmi

(Video) Berjaya Selesaikan Tugas, Firdaus Diusung Ke Hospital, Kemungkinan Patah Tulang Rusuk

Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dilaporkan telah dikejarkan ke hospital sejurus selesai perlumbaan kelayakan Keirin lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.

Menerusi satu ciapan yang dikongsikan wartawan Astro Arena bernama @bazlyazmi, Shah Firdaus disyaki mengalami kecederaan patah pada bahagian tulang rusuknya.

Dalam satu video yang dimuat naik wartawan Astro Arena sejurus selepas Shah Firdaus terlibat dalam kemalangan, beliau tampak memberi isyarat bahawa rusuk kirinya sedang kesakitan kepada wartawan tersebut.

Walau apa apa pun, marilah kita berdoa supaya wira negara kita ini tidak mengalami kecederaan yang serius dan dapat kembali berlumba dengan lebih bersemangat pada peringkat suku akhir esok bagi meneruskan misi memburu pingat buat negara.

Sumber: @bazlyazmi

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.