Kalau orang kampung dulu-dulu, mereka cukup ‘lazim’ dengan kewujudan makhluk-makhluk halus yang menjelma sebagai hantu. Ikut ‘tradisi’ orang kita, antara makhluk halus yang kerap ‘muncul’ ialah seperti langsuir, penanggal, pocong, jerangkung dan sebagainya.
Bercakap tentang penanggal, pasti ada yang pernah mengalami sendiri pengalaman seram melihat kelibat atau suara makhluk ini. Seperti perkongsian oleh seorang warga Group Facebook Kelab Cerita Hantu Malaysia (KCHM), saudara Mizan Yusof Mizan mengenai rakaman video yang didakwa merupakan bunyi ‘penanggal’ yang menyeramkan.
Salam geng-geng KCHM..harap-harap semuanya dalam keadaan sihat walafiat.
Kisah yang terbaru, kejadian di Melaka. Orang kampung khabar ‘penanggal’. Wallahualam..
Untuk menonton video tersebut, sila klik di SINI atau pada gambar tangkap layar (screenshot) di bawah ini.
Apa kata netizen
Perkongsian Mizan di Kelab Cerita Hantu Malaysia itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen. Bermacam-macam ‘teori’ tentang bunyi itu dikeluarkan mereka.
Menurut seorang netizen, dia mendakwa melihat kewujudan makhluk halus tersebut di atas cahaya lampu jalan itu.
Namun kebanyakan komentar mendakwa bunyi itu sebenarnya adalah bunyi musang.
Selain itu, ada juga yang mendakwa bunyi penanggal yang sebenarnya adalah seakan-akan bunyi ayam belanda. Orang kampung pasti mengenali bunyi ini.
Tidak pasti adakah ia memang bunyi musang atau ‘makhluk’ berkepala itu, jawapannya ada pada anda sendiri..
Sumber: Mizan Yusof Mizan melalui Kelab Cerita Hantu Malaysia