Pelakon dan pelawak terkenal Shuib Sepahtu memaklumkan bahawa isterinya, Siti Sarah Raissuddin masih lagi belum sedarkan diri pada pagi ini.
Menerusi satu kemas kini yang dilakukan di ‘Story’ Instagram miliknya, dia menyatakan bahawa keadaan isterinya itu ada peningkatan.
“Pukul 11 malam oksigen drop sampai 40, tapi pukul 2 pagi Alhamdulillah oksigen naik sampai 77 dan baru tadi doktor update oksigen Sarah 80,” tulisnya.
Ekoran daripada itu, dia menyeru kepada orang ramai yang melihat perkongsian tersebut untuk terus mendoakan isteri dan anaknya.
Dalam satu perkongsian lain, dia telah memuat naik gambar yang memaparkan keluarganya bersama dengan kata-kata semangat buat isterinya yang tercinta itu.
“I tahu dengar setiap kata hati i…you kuat sayang! I dan anak-anak akan tunggu you balik,” tulisnya.
Bertabahlah Shuib, semoga Allah S.W.T memakbulkan doa kita semua agar keadaan Siti Sarah dan bayinya berada dalam keadaan baik dan cepat sembuh.
Sumber: shuibsepahtu