Siakap Keli
Kredit: Fox32Chicago

Pemuda Dilapor Bunuh Perogol Adiknya Setelah Berkongsi Sel Dalam Penjara, Tak Tahan Tertuduh Cerita ‘Hal Sebenar’

Seorang lelaki di Washington menerima hukuman 24 tahun penjara susulan membunuh banduan yang berkongsi sel dengannya selepas mendapati lelaki itu pernah memperkosa adik perempuannya, lapor Fox32Chicago.

Menurut portal itu, suspek berusia 26 tahun telah membunuh tertuduh yang berusia 70 tahun yang sedang menjalani hukuman 43 tahun penjara atas kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak.

Bagaimanapun, suspek dilaporkan telah meminta maaf kepada keluarga tertuduh yang berusia 70 tahun atas tindakannya itu.

“Saya tak dapat bayangkan kehilangan orang tersayang dengan cara ini. Buat isteri dan keluarganya, saya minta maaf. Saya betul-betul meminta maaf dan berharap anda boleh sembuh daripada apa yang telah saya lakukan,” katanya.

Pemuda itu dikatakan berasa tidak senang berkongsi sel dengan tertuduh selepas si mati menceritakan jenayahnya secara terperinci.

Dipercayai berang mendengar tentang jenayah tertuduh, pemuda berkenaan telah memukulnya dari belakang dengan tumbukan dan tendangan sehingga tertuduh tidak sedarkan diri.

Tertuduh disahkan meninggal dunia tiga hari kemudian, lapor portal itu.

Pada 2019, tertuduh telah didapati bersalah melakukan jenayah cabul dan rogol melibatkan kanak-kanak serta memiliki bahan pornografi kanak-kanak.

Sementara itu, pemuda berkenaan pula dipenjara atas tuduhan menikam dan mencederakan seseorang serta mencuri kereta polis, tambah Fox32Chicago.

Menurut laporan, dia dipercayai pernah meminta pertukaran teman sebilik di penjara itu namun tidak diperudlikan.

Dalam pada itu, tertuduh juga menceritakan ‘hal sebenar’ mengenai jenayah yang dilakukan sebelum ini walaupun pemuda itu sudah berada dalam keadaan yang tidak stabil pada ketika itu.

“Banyak benda dalam kepala saya. Saya tak stabil ketika itu. Saya sampai ke tahap itu sebab dia tetap nak ceritakan perincian tentang apa yang berlaku, apa yang dia lakukan, tentang gambar dan video dia lakukan jenayah tersebut,” kata pemuda itu.

Sumber: Fox32Chicago

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.