Siakap Keli

Pernah Kalahkan Jijoe Dalam Acara Keirin, Kenali Shah Firdaus Shahrom Kebanggaan Malaysia Di Tokyo

Mungkin ramai yang masih belum ‘berkenalan’ dengan seorang lagi jaguh pelumba kebangsaan yang layak ke Olimpik Tokyo 2020 tahun ini.

Lain tak bukan, Shah Firdaus Sahrom yang baru sahaja menamatkan perlumbaannya dalam Saringan Dua peringkat suku akhir. Bagaimanapun, beliau terlepas peluang untuk beraksi dalam saingan peringkat seterusnya.

Namun, kekalahannya bukanlah memberi kecewaan kepada rakyat di Malaysia tetapi memberi kebanggaan kepada orang ramai kerana berjaya layak ke Olimpik pada kali ini.

Jadi, SK nak kongsikan biodata dan beberapa kemenangan yang pernah beliau kecapi sehingga pernah ‘merampas’ emas daripada jaguh pertama negara, Datuk Azizulhasni Awang dalam satu perlawanan di Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia 2021 lalu.

Biodata Penuh Muhammad Shah Firdaus

  • Nama penuh: Muhammad Shah Firdaus Sahrom
  • Nama komersial: Shah Firdaus
  • Asal: Muar, Johor
  • Umur: 26 tahun (2021)
  • Kerjaya: Pelumba basikal (Atlet Malaysia)
  • Status: Belum berkahwin

Trivia menarik Shah Firdaus

Pelumba basikal trek negara ini berjaya mengetepikan cabaran rakan senegara yang juga juara bertahan, Datuk Azizulhasni Awang untuk merangkul emas acara keirin lelaki dalam Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia 2021.

  • Sukan Asia 

Pernah merangkul pingat perak dalam Sukan Asia 2018 di Jakarta dalam acara berpasukan.

  • Kejohanan Berbasikal Asia

1. Pingat perak di Jakarta 2019 dalam acara Keirin

2. Pingat emas di New Delhi 2017 acara Keirin

3. Pingat emas di Jakarta 2019 acara Pecut

4. Pada temasya sukan yang sama, turut merangkul pingat emas dalam acara Pecut berpasukan.

  • Olimpik Tokyo 2020

Shah Firdaus melayakkan diri ke sukan berprestij Olimpik Tokyo dalam acara pecut dan keirin satu pencapaian yang membanggakan seluruh rakyat Malaysia. Walaupun tidak mendapat apa-apa pingat tetapi semangat dalam sukan berbasikal ini telah menyatukan hati seluruh masyarakat di negara. Perjuang ini satu yang membanggakan ramai orang.

Pelapis negara

Shah telah diintai sebagai atlet trek pelapis negara sejak beberapa tahun lalu apabila beliau semakin ‘garang’ melaungkan keringat di velodrom dan dilihat sangt berpontensi untuk meneruskan kejayaan buat Malaysia dalam sukan ini.

Sukan Olimpik kali ini merupakan penampilan pertama atlet berketinggian 181cm di temasya sukan tersebut mewakili negara Malaysia. Sebelum ini, beliau hanya melangkah ke Sukan Komanwel pertamanya pada tahun 2018.

Walaupun tidak berkesempatan untuk merangkul sebarang pingat namun ia tetap bersemangat untuk teruskan perjuangan dalam sukan-sukan yang lain.

 

Sumber rujukan: Sinar harian , Wikipedia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.