Siakap Keli

Tak Payah Pening Nak Sambung Wayar & Pasang Plug, Abang Ni Kongsi Guna CCTV ‘Wireless’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Biasanya kamera litar terutup (CCTV) menjadi pilihan utama sesetengah pemilik untuk mempertingkatkan keselamatan rumahnya. Selama ini kebanyakan CCTV yang dipasang di luar rumah adalah yang jenis berwayar.

Mungkin kelebihannya sangat banyak. Namun di sebalik itu, terdapat beberapa perkara penting yang perlu difikirkan pemilik seperti lokasi CCTV, laluan perwayaran (wiring), tempat plug dan sebagainya. Malah, kosnya juga bukanlah murah.

Tapi tahukah anda, sebenarnya ada CCTV jenis tanpa wayar (wireless) yang dijual di pasaran. Rupanya jauh lagi mudah & kosnya pun sangat ‘kena’ dengan poket. Jom ikuti perkongsian Mohd Alfishahrin di bawah ini.

CCTV tanpa wiring

Gambar: Mohd Alfishahrin

Banyak kes tak elok berlaku sekarang, di zaman pandemik, ramai orang buat perkara tak elok akibat terdesak. CCTV sekarang pun dah boleh dipasang dengan harga mampu milik, tak macam dulu. Rumah family saya pasang CCTV ni.

Apa yang bestnya CCTV ni dia tidak perlu buat wiring! Senangkan? Tak payah nak sambung-sambung wayar, tebuk dinding nak tanam wayar, tak payah fikir mana nak pasang plug.

CCTV ni built in battery 5,100mAh. Lebih kurang 4 jam charga dah penuh. Lama jugaklah bateri dia bertahan. Kurang-kurang seminggu.Waterproof & dustproof, so boleh letak outdoor @ indoor.

Gambar: Mohd Alfishahrin

Ada motion detector, so tengah-tengah malam ada orang depan rumah nak buat benda tak elok dia auto inform kat kita. Night vision dia pun padu, clear jugak.

Yang kaki shopping online tu, kalau ada abang runner hantar barang datang, anda boleh ajak dia borak haha. Sebab dia ada speaker dengan mic, boleh bercakap. Nak setting pun senang, connect guna WiFi je. Ada apps khas dia yang memudahkan anda nak monitor.

Esok Shopee promo 8.8. Bolehlah letak dalam bucket list. Tengah ada promo ‘free shipping’ tu.

Saya tak jual, boleh beli kat link bawah ni. Kedai Dasher ni trusted seller. Barang-barang dia pun best-best jugak.

  • CCTV: beli kat SINI
  • Kedai Dasher: tengok kat SINI
  • Kalau nak pakai yang solar pun ada, beli kat SINI 
Gambar: Mohd Alfishahrin
Gambar: Mohd Alfishahrin

Sumber: Mohd Alfishahrin

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.