Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang berjaya ke peringkat separuh akhir di Sukan Olimpik 2020 selepas melepasi pusingan suku akhir di saringan ketiga sebentar tadi.
Beliau mengatasi empat pelumba lain di mana beliau berada di kedudukan kedua di belakang Yuta Wakimoto dari Jepun.
Dalam perlumbaan itu Azizulhasni menggunakan segala pengalaman untuk memintas Kwesi Browne dari Trinidad and Tobago pada saat-saat akhir untuk menang tempat kedua layak ke separuh akhir acara Keirin (lelaki).
Hanya tiga pelumba terbaik di separuh akhir akan mara ke final keirin, yang akan berlangsung pada pukul 11 pagi ini.
Sumber: Astro arena