Siakap Keli

(Video) Kalau Kucing Tunjuk Perut Bukan Minta Digosok, Rupanya Ini Maksud Si Kucing

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang comel dan mudah untuk dibela. Mempunyai watak yang manja, tak hairanlah kucing ini menjadi perhatian ramai.

Untuk pengetahuan anda, secara amnya haiwan ini mempunyai perasaan tersendiri. Namun, ia tidak menunjukkan secara ekspresif. Tetapi ada tanda-tanda yang mungkin anda perlu faham dengan perilaku mereka.

Jadi, SK nak kongsikan satu video daripada Iqbal Ahyar menerusi laman Tiktoknya tentang perilaku si bulus menunjukkan perutnya di hadapan kita.

Menerusi video yang dikongsikan ini, kucing yang menunjukkan perutnya bukan meminta kita untuk menggosoknya tetapi untuk memberitahu bahawa kawasan tersebut sangat sensitif dan bahaya untuk mereka. Sebab itulah, jika anda perasan, apabila kucing tidur terlentang dan kita gosok pada perut mereka, mereka akan bertindak untuk cakar dan memarahi kita.

Tetapi, kejadian ini bukanlah berlaku untuk semua kucing hanya sesetengah kucing sahaja. Ada juga kucing yang suka kita gosok pada perut mereka.

“Dia datang tunjuk perut kat kita sebab dia percaya pada kita sehingga expose tempat bahayanya”

@iqbalahyar

but it depends juga! some of my cats memang suka kena gosok perut 🐈 #TikTokGuru #LearnOnTikTok #JomBelajar #biology #mcplus

♬ Late Night Melancholy Sape Cover – Alif Fakod

 

Sumber: Iqbal Ahyar

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.