Berikutan peningkatan kes COVID-19 di bandar Zhengzhou, China, pihak berkuasa tempatan dilaporkan telah meningkatkan langkah kawalan dengan kempen disinfeksi secara besar-besaran di bandar tersebut.
Lapor CGTN, pusat wilayah Henan itu telah menjalankan kempen berkenaan bermula Jumaat malam lalu melibatkan 3,200 petugas dan 680 trak yang membawa penyembur untuk membersihkan kawasan tersebut.
Cecair disinfektan telah disembur di 1,700 jalan utama di bandar itu, terutamanya stesen kereta api, hospital dan pasaraya dalam tempoh tujuh jam.
Sumber: CGTN