Siakap Keli
Gambar: Instagram Shuib/Siti Sarah

“Isteri Saya Bukan Milik Saya, Dia Milik Allah”, Shuib Kongsi Kisah 11 Tahun Luar Biasa Buatnya Bersama Siti Sarah

“Isteri saya bukan milik saya. Dia milik Allah dan Allah sayang sangat kat dia,” ujar Shuib dalam nada sebak dalam siaran live Instagramnya sebentar tadi.

Beliau sempat berkongsi liku-liku perjalanan hidupnya dengan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sepanjang pernikahan mereka. Katanya, Allahyarham Sarah sanggup bersusah senang bersamanya ketika dirinya masih tidak mempunyai apa-apa.

“Allah pinjamkan kat saya sekejap je, dalam 11 tahun. Tapi 11 tahun yang sangt luar biasa untuk saya.

“Saya bermula dari tak ada apa-apa, saya nikah dengan dia, saya hutang mas kahwin (hantaran), Saya tak ada kereta, dia yang ambik saya kalau nak pegi jalan. Saya pindah rumah pertama, duduk dengan isteri saya. Bukak puasa duduk atas surat khabar, beli kat bazar Ramadhan.

“Saya cakap dengan dia, sabar. InsyaAllah I akan bagi yang terbaik untuk you. Tapi dia cakap dengan saya, “I akan ikut you. Apa pun jadi, I akan ada belakang you. I akan support you.””

Sumber: Shuib

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.