Siakap Keli

LANGSUNG: Jenazah Allahyarhamah Siti Sarah Sedang Diuruskan Sebelum Pengebumian di Gombak

Malaysia Gazette membawakan secara langsung kepada kita semua situasi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia yang sedang menantikan jenazah Allahyarhamah Siti Sarah diuruskan sebelum dibawa ke tanah perkuburan di Gombak.

Hari ini negara bersedih selepas Siti Sarah Raissuddin menghembuskan nafasnya yang terakhir. Allahyarhamah Siti Sarah disahkan positif pada 27 Julai dan beberapa hari kemudian oksigennya menurun dalam keadaan beliau hamil.

Siti Sarah sempat berjuang melahirkan anak terakhirnya sebelum menghembuskan nafas terakhir. Sungguh besar pengorbanan seorang isteri dan ibu yang terpaksa menanggung sakit Covid-19 dan perlu melahirkan anaknya.

Semoga Allah mengampunkan semua dosa-dosa arwah Sarah dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Sumber: Malaysia Gazette

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.