Menurut ciapan di laman Twitter Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 17,236 kes harian COVID-19 dilaporkan hari ini.
Jumlah kes harian yang dilaporkan di Malaysia kini terus menunjukkan penurunan.
Bagi pecahan kes setiap negeri untuk hari ini, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 5,740 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1,567 kes), dan Sabah (1,247 kes). Namun, kes positif harian untuk ketiga-tiga negeri ini menunjukkan penurunan berbanding semalam.
Sementara beberapa negeri mencatatkan peningkatan kes harian iaitu Perlis, WP Putrajaya,WP Labuan, Pahang, Perak, Kelantan, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, dan Sarawak.
Sehingga 9 Ogos 2021. Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 17,236 kes (1,279,776 kes).
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor -5,740 (470,755)
WPKL -1,567 (141,971)
Johor – 1,232 (101,684)
Sabah – 1,247 (95,082)
Sarawak – 589 (81,917)
Negeri Sembilan – 1,215 (79,992) pic.twitter.com/p40rp9kj4z— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 9, 2021
Sumber: DG Hisham