Benarlah kata pepatah, hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang jua. Pemergian penyanyi tersohor tanah air, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin memberi kesan cukup mendalam kepada banyak jiwa.
Tak terkecuali, pelakon terkenal, Uqasha Senrose, yang turut memberi penghormatan melalui hantaran di laman Instagramnya. Dalam hantaran tersebut, Uqasha mendedahkan perbualannya dengan Allahyarhamah Siti Sarah.
Mengikut tangkapan skrin yang dimuatnaik Uqasha, dia pernah menyatakan hasratnya untuk membeli koleksi tudung terbaru Siti Sarah yang sangat diminatinya.
Dengan murah hati, Allahyarhamah menawarkan tudung tersebut secara percuma. Kata Allahyarhamah, tak miskinnya dia kalau bagi tudung tu percuma pada Uqasha yang sudah dianggapnya seperti adik. Hanya doa untukknya yang dipinta.
Malah apabila Uqasha bertanya tentang rate atau bayaran satu lagu untuk persembahan nyanyian Siti Sarah di resepsi pernikahannya, Allahyarhamah berkata, “Kalau untuk awak free je. Awak kan adik akak.”
Arwah seorang yang sangat-sangat baik. Allah sayang akak. I’m gonna miss you Kak Sarah. Al-Fatihah.
– Uqasha Senrose –
“Yes, dia amatlah baik”
Hantaran tersebut turut mendapat perhatian rakan artis yang lain.
Semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman di sisiNya.
Sumber: Instagram Uqasha Senrose