Siakap Keli

(Video) “Terima Kasih Untuk Kasih Sayang Ini,” Jenazah Siti Sarah Selesai Ditayamum dan Disolatkan

Penyanyi dan selebriti tanah air, Siti Sarah Raissuddin menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, jam 5.13 pagi tadi.

Allahyarhamah Siti Sarah menerima rawatan rapi selepas disahkan positif Covid-19 dan ketika itu dalam keadaan berbadan dua. Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki di usia lapan bulan kandungan dengan cara pembedahan.

Dikhabarkan sebelumnya, tahap oksigen Allahyarhamah tak stabil dan telah hampir seminggu bertarung nyawa melawan wabak tersebut.

Melalui sebuah video yang diungaah di Instagram @era.je, suami Allahyarhamah, pelakon dan pelawak terkenal, Shuaib Sepahtu mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada semua yang menyayangi dan tak henti-henti mendoakan arwah.

Jenazah Allahyarhamah baru selesai ditayamumkan dan disolatkan sebentar tadi. Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terbaik (@era.je)

Sumber: Instagram @era.je

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.