Sendirian dalam bilik kuarantin tanpa keluarga di sisi pastinya sukar untuk kebanyakan orang. Sesekali perasaan sayu menjengah di hati pesakit-pesakit Covid-19 ni, tambahan pula bila terpaksa menyambut hari bermakna seorang diri di sana.
Melalui akaun TikTok @hilmi_emfrt, seorang petugas di pusat kuarantin mengunggah sebuah video mengharukan, di mana petugas-petugas ini membawa kek ke bilik salah seorang wanita warga emas untuk sambut hari jadinya.
Wanita itu kelihatan sangat terharu dan dengan semangat meniup lilin di atas kek hari jadinya. Tulis pengunggah di video tersebut, Makcik ni tak henti-henti ucap terima kasih kepada doktor dan semua petugas.
Menurut pengunggah ketika dihubungi, sambutan hari jadi Makcik ni adalah inisiatif dari petugas sendiri, dengan cadangan salah seorang doktor di situ.
Jadi, petugas sepakat beli kek untuk wanita warga emas itu dan hantar ke biliknya.
Hilang seketika kepenatan mereka sebagai frontliner bila nampak senyuman terukir di bibir Makcik ni.
@hilmi_emfrt Selamat Hari Lahir Makcik 🤲🥺 #pusatkuarantintemerloh #pkrcskliniksulaiman #pkrctemerloh #pkrc
“Terima kasih frontliners“
Di ruangan komen, warga net mengucapkan terima kasih kepada para petugas barisan hadapan yang bukan sahaja menjaga dan merawat pesakit-pesakit Covid-19, malah turut berusaha menghiburkan pesakit walaupun mereka sendiri sedang kelelahan.
Sumber: TikTok @hilmi_emfrt